SKAD1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN
TUGASAN 8 : KERJA LAPANGAN (KAJIAN DI BANDAR SEREMBAN)
NAMA : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB
NO
MATRIK : A138625
FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN (FSSK)
PROGRAM :
SAINS PEMBANGUNAN
NAMA KURSUS :
RERUANG DAN PEMBANGUNAN
KOD
KURSUS : SKAD1273
NAMA
PENSYARAH : Prof .Madya ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
TAJUK
TUGASAN : KAJIAN LAPANGAN DI BANDAR SEREMBAN
Ahli kumpulan No.
Matrik
1. Nor
Arzian binti Abd Wahab A138625
2. Masyita binti Mohd Hadi A141089
3. Nurul
Safinas binti M. Hanafiah A141813
4. Fatinah
binti Mohd Nazir A141698
Pada
11 Disember 2012, pelajar-pelajar Sains Pembangunan Tahun 1 Sesi 2012/2013 telah
ditugaskan untuk melakukan sebuah kajian bagi kursus Reruang dan Pembangunan
yang dijalankan di Bandar Seremban. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk
mengenalpasti nod-nod, laluan, mercu tanda, dan mengkaji tentang pertumbuhan
kedai-kedai yang terdapat di Bandar Seremban tersebut.
LALUAN
KE SEREMBAN
Kami
berkumpul di Stesen KTM UKM pada pukul 8:00 pagi dan mula bertolak ke Seremban
pada pukul 9:00 pagi. Bermula di stesen KTM UKM, seterusnya kami singgah
sebentar di stesen ktm Bangi berikutan masalah teknikal yang dihadapi oleh
pihak ktm. pada pukul 9.15 pagi kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di
stesen ktm Seremban pada pukul 9.50 pagi.
NOD-NOD
SEPANJANG LALUAN KE SEREMBAN
![]() |
| Stesen KTM UKM |
![]() |
| Stesen KTM Bangi |
![]() |
| Stesen KTM Batang Benar |
![]() |
| Stesen KTM Nilai |
![]() |
| Pemandangan dari atas Perhentian |
MERCU TANDA
![]() |
| Monumen Sejarah di Seremban |
![]() |
| Monumen Sejarah di Seremban |
| Mercu tanda Kuil di Seremban |
![]() |
| Dewan Majlis Perbandaran Seremban |
![]() |
| Kuil di Seremban |
![]() |
| Majlis Perbandaran Seremban |
Gereja Seremban
Setelah
berjumpa dan berbincang serba sedikit mengenai kajian yang bakal dilakukan
bersama profesor kami, kami memulakan jelajah sekitar Seremban tersebut
mengikut kawasan-kawasan kajian masing-masing yang telah ditetapkan dan kawasan
kajian kami ialah Jalan Dato Bandar Tunggal. Ahli kumpulan kami terdiri
daripada empat orang iaitu saya sendiri, Masyita Binti Mohd Hadi bersama Nurul
Safinas binti M. Hanafiah, Fatinah binti Mohd Nazir, dan Nor Arzian binti Abd
Wahab. Setelah membahagikan tugas masing-masing, kami memulakan gerak kerja.
walaupun pada awalnya kami sering menerima penolakan, namun akhirnya kami
berjaya menemubual beberapa orang tauke kedai-kedai di sana. Tugasan kumpulan kami adalah di Jalan Dato' Bandar Tunggal, Seremban.
HASIL
KAJIAN
Antara
pengusaha kedai yang berjaya ditemubual ialah:
1)
Warung Pak Taib
Warung
Paik Taib ini dimiliki oleh individu bernama Mohd Taib bin Mohd Idris yang
berumur sekitar 70-an. Warung beliau mula bertapak seawal tahun 1982 dan tetap
bertahan hingga ke hari ini. Warung beliau pada mulanya dibuka di Jalan Sekamat
namun telah diruntuhkan beberapa tahun dahulu sehingga beliau membuka warungnya
di Jalan Raja Tunggal ini. Jenis perniagaan Pak Taib ialah jualan makanan namun
hanyalah makanan bungkus sahaja. Beliau tidak menyediakan sebarang makanan
panas. Waktu perniagaan beroperasi bermula seawal jam 7:00 pagi sehingga jam
5:00 petang iaitu waktu pejabat. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada
kakitangan yang bekerja disekitarnya. Pendapatan beliau untuk sehari adalah
sekitar RM40- RM45 bergantung kepada seberapa ramai pelanggan yang berkunjung
ke warung ini.
2)
Percetakan World Machine Trading
Syarikat
Percetakan World Machine Trading ini dimiliki oleh Dato Hj Matchal bin Abd
Majid. Syarikat percetakan beliau mula dibuka pada tahun 1994. Jenis
perniagaannya ialah percetakan dan perkhidmatan yang disediakan termasuklah
perkhidmatan mencetak, menjilid, stamping, typesetting, reka bentuk (grafik),
kad jemputan, poster, dan sebagainya. Pada awalnya, syarikat ini dibina
bersebelahan dengan sebuah kedai makan, namun kemudian kedai makan itu telah
dipindahkan. oleh itu, syarikat Percetakan ini telah diubahsuai dan diperbesar menjadi dua lot. Syarikat ini memiliki
seramai 18 orang yang bekerja dibawahnya. Manakala pelanggan mereka terdiri
daripada orang awam dan pekerja sektor kerajaan.

3)
Imbi Cake House
Imbi
Cake House merupakan sebuah kedai kek yang dimiliki oleh En. X Yan Foo. Kedai
kek tersebut telahpun dibuka sejak tahun 1982 dan dijalankan secara turun
temurun iaitu perniagaan oleh keluarga En. X Yan Foo sendiri. Jenis perniagaan
beliau ialah perniagaan kek, roti, dan sering mengambil tempahan kek untuk
majlis perkahwinan. Sebelum perniagaan itu dijalankan di Jalan Raja Tunggal
tersebut, kedai beliau mula bertapak di Jalan Dato Bandar, di Lahang iaitu
berhampiran Balai Bomba. Namun kini kawasan tersebut sudah tidak strategik lagi
kerana jalan yang sudah pecah menjadi dua jalan. Lokasi kini dianggap strategik
dan merupakan tumpuan bandar namun prestari perniagaan mula berkurang berikutan
wujudnya hypermarket. Kedai kek ini memiliki lapan orang pekerja dan ramainya
terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri. Beliau menjalankan operasi
perniagaan seawal 9:00 pagi sehingga 8:00 malam. En. X. Yan Foo sering
mengikuti seminar dan kursus yang diadakan oleh pembekal, bahkan
sejak kecil lagi, beliau sering belajar membuat kek daripada ibu dan ayahnya.
Beliau dan keluarga sering ke Taiwan, Hong Kong dan Singapura untuk mengikuti
kursus membuat kek. Bukan itu sahaja, beliau turun memasuki acara pameran Food
Asia KL yang diadakan sebanyak dua tahun sekali.
4)
Fancy Lighting (SR) Sdn. Bhd
Syarikat
Fancy Lighting dimiliki oleh Mr. Go yang letaknya berhampiran pusat bandar dan
laluan utama. Perniagaan ini mula dijalankan seawal tahun 1992 sehinggalah
sekarang. Syarikat ini memiliki syarikat induk yang berada di Johor. Pekerja di
Fancy Lighting terdiri daripada tiga orang. Antara barangan yang dijual ialah
lampu hiasan yang terdiri daripada pelbagai reka bentuk yang menawan hati, dan
pelbagai barangan alatan lainnya.
5) Stainless Steel Manufacturer
pemilik
kedai ini pula bernama Mr. Wong. kedai mula beroperasi selama dua tahun. tapak
kedai tersebut pada awalnya digunakan sebagai kedai menjual kereta Volkswagen
kemudiaannya dipecahkan dan didirikan Stainless Steel Manufacturer. lokasi
kedai ini juga strategik iaitu terletak di kawasan pusat bandar. kakitangan
kedai terdiri daripada lima orang, dan perniagaan dijalankan bermula jam 9:30
pagi sehingga jam 6:30 petang. perniagaan mereka menjual barangan industri
seperti oven, sinki, peti sejuk, dan sebagainya.
6) CT Star Automart
CT
Star Automart dimiliki oleh En. Teh Eng Sheng atau Ah Teh. syarikat penjualan
kereta baru dan terpakai itu mula dijalankan sejak tujuh tahun yang lepas iaitu
tahun 2005. syarikat tersebut hanyalah merupakan sebuah cawangan sahaja
manakala syarikat induknya berada di Jalan Rahang. waktu opersi perniagaan
bermula pada jam 8:00 pagi sehingga jam 6:00 petang. kereta yang dipamerkan
disitu merupakan kereta terpakai sahaja dan hanyalah model. sekiranya pelanggan
berminat untuk membeli, mereka akan dirujuk kepada pelabuhan tempat mereka
mendapatkan kereta-kereta tersebut. kebanyakannya pelanggan mereka adalah
penduduk Negeri Sembilan.
kesimpulannya,
kebanyakan peniaga yang kami dapati di Bandar Seremban terdiri daripada kaum
Cina berbanding kaum Melayu dan India. pembangunan di Seremban boleh dikatakan
pesat apabila terdapatnya kemudahan yang disediakan kepada penduduk di Seremban
seperti Stesen bas, stesen keretapi, dan juga berikutan tumbuhnya pusat-pusat
membeli belah seperti Parkson yang menjadi tumpuan masyarakat terhadap Bandar
Seremban ini.
Sekian, Wassalam....
MEMORY PHOTO :
FREE STYLE :)
MASYITA AS PHOTOGRAPHER
SAFINAS AS WRITER
FATINAH & ARZIAN AS INTERVIEWERS
we're a team and we enjoying the day …
This is our best memories...
Thank you.































































