Pengikut

Sabtu, 29 Disember 2012

Tugasan 6: Rumusan 3 Buah Buku. SKAD1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN






SKAD1273 RERUANG DAN  PEMBANGUNAN

TUGASAN 6 : RUMUSAN TIGA BUAH BUKU THE PRODUCTION OF SPACETHE DEATH AND  LIFE OF GREAT AMERICAN CITIES DAN IMAGES OF THE CITY

NAMA                            : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB
NO MATRIK                  :  A138625
FAKULTI                       :  SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN (FSSK)
PROGRAM                    :  SAINS  PEMBANGUNAN
NAMA  KURSUS          :  RERUANG DAN PEMBANGUNAN
 KOD  KURSUS             :  SKAD1273
NAMA PENSYARAH   :  Prof .Madya ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
TAJUK TUGASAN        :  RUMUSAN BAGI 3 BUAH BUKU




  1. The Production Of Space


       Berdasarkan rumusan daripada buku The Production of Space yang telah diterjemahkan oleh Donald Nicholson Smith. Kesan daripada sesuatu keadaan atau ruang di mana terdapat sesetengah ruang mempunyai ramai orang manakala sesetengah ruang pula tidak mempunyai ramai orang. Seorang penulis barat iaitu Henri Lefebvre, seorang filsuf asal Perancis telah mengkaji mengenai masalah ini dan melihat daripada pelbagai sudut pandangan. Akhirnya beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Production of Space, atau Produksi Ruang. Buku ini dihasilkan untuk menjawab semua persoalan yang timbul dan bukan sahaja untuk diri beliau tetapi untuk semua orang yang ingin mengkaji mengenai ruang. Lefebvre telah mendeskripsikan ruang dan hubungannya yang erat dengan manusia. Di dalam buku tersebut, Lefebvre melihat ruang sebagai sesuatu yang diproduksi oleh setiap masyarakat. Namun benarkah setiap masyarakat menghasilkan ruangnya sendiri seperti yang dikatakan Lefebvre? Buktinya teori tersebut adalah benar dimana ruang digunakan secara langsung pada dalam kehidupan seharian. Metode yang digunakan berdasarkan Teori Lefebvre sebagai ruangnya iaitu adanya Spatial Practice, Representation of space, dan Representational Space pada setiap ruang yang terbentuk atau diproduksi oleh masyarakat. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa ruang yang ramai dan hidup akan diperolehi apabila ruang yang ada memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan  tersebut harus dipenuhi.



  1. The Death and Life Of Great American Cities


    Penulis dari "The Death and Life Of Great American Cities adalah Jane Jacobs. Jane Jacobs lahir tanggal 4 Mei 1916 dan meninggal dunia pada 25 April 2006, beliau tinggal di Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, beliau menuliskan kekecewaan beliau terhadap Kota Amerika yang beliau anggap perancangan bandar tersebut tidak benar, iaitu dalam erti dalam kota tersebut berlaku pelbagai masalah pengangkutan , pembahagian plot pattern dll. Jane Jacobs menggambarkan faktor-faktor nyata yang mempengaruhi bandar-bandar, dan mengesyorkan startegi untuk meningkatkan prestasi bandar.
        Dari segi kepelbagaian, Bandar yang baik memerlukan kepelbagaian dan harmoni dalam perkhidmatan terhadap masyarakat di dalamnya. Masyarakat sangat memperhatikan kemudahan apa sahaja yang terdapat pada suatu kota, kerana kemudahan tersebut boleh diertikan sebagai sarana pelayan untuk masyarakat dalam bandar tersebut. Kemudahan yang dimaksudkan boleh berupa penempatan, kawasan perdagangan, tempat sukan dan rekreasi.
     Jane Jacobs mengenalpasti tiga isi utama dalam menyokong kepelbagaian iaitu kepelbagaian fungsi. Kepelbagaian fungsi yang dimaksudkan adalah bagaimana merancang suatu kawasan yeng mempunyai fungsi lahan lebih dari satu, sehingga jika ada seseorang yang mendatangi kawasan tersebut, maka dia boleh menikmati lebih dari 1 fungsi lahan. Fungsi lahan yang dimaksudkan boleh berupa sebagai penempatan, kedai-kedai, rumah sakit dan sebagainya.
     Selain itu, isi kedua pula iaitu blok atau jalan pendek. Sebagai contoh adalah Blok / jalan yang menghubungkan kawasan penempatan dan kawasan membeli-belah, kawasan rekreassi dan kawasan pejabat harus dekat. Ertinya masyarakat dapat menuju destinasi ke suatu tempat dengan cepat kerana blok / jalan yang menghubungkan tempat asal dan tempat tujuan tersebut pendek. Isi yang ketiga ialah terdapat Konsentrasi padat penduduk. Dalam suatu bandar harus terdapat suatu kawasan yang sebagai kepekatan padat penduduk, yang dimaksudkan adalah kawasan penempatan sehingga tidak mengganggu kawasan lain, dan pengguna kawasan penempatan juga tidak akan terganggu dengan kawasan lain.


  1. The Image Of The City


             Rumusan bagi buku “The Image of the city” merupakan sebuah buku hasil karya seorang pengkaji iaitu Prof.Kevin Lynch. Prof.Kevin Lynch telah melakukan sebuah kajian terhadap apa yang diserap secara mental oleh orang-orang dan realitas fisik sebuah bandar. Hasil kajiannya ini disediakan dalam bentuk buku yang bertajuk “The image of the city”.
      Secara garis besar Prof.Kevin Lynch telah mengumpulkan lima elemen pokok atau dasar yang oleh digunakan oleh seseorang untuk memberi gambaran mental mereka terhadap sebuah bandar. Antara eleman yang ditemukan iaitu Pathways (Laluan). Laluan adalah jalur-jalur sirkulasi yang digunakan oleh seseorang untuk melakukan pergerakan. Setiap tempat mempunyai jaringan jalur utama dan jaringan jalur minor. Jaringan jalan raya kota adalah jaringan pathways untuk keseluruhan kota. Disamping itu, elemen kedua ialah Districts (Daerah). Sebuah bandar terdiri dari berbagai lingkungan bahagiannya atau disebut districts iaitu pusat kota , uptown, midtown, daerah perumahan, daerah industry dan sebagainya. Selalunya lingkungan ini berbeza dari segi bentuk dan luasnya. Dan selalunya Bandar-bandar ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Elemen ketiga pula ialah Edges (Pinggiran). Edges merupakan pinggiran dari sebuah districts atau batas-batas districts antara districtsyang satu dengan yang lainnya. Selain itu,aspek keempat ialah Building(Mercu Tanda). Building yang dimaksudkan disini adalah bangunan-bangunan yang secara visual menonjol dan menjadi tumpuan dalam Bandar. Setiap orang boleh melihat mercutanda tersebut dan tertumpu kepada kawasan tersebut. Elemen yang terakhir iaitu elemen kelima ialah Nodes. Nodes adalah pusat aktiviti setiap orang, setiap pergerakan untuk ke sesuatu kawasan daripada titik permulaan seseorang itu bergerak akan dipanggil nod. Di dalam perjalanan tersebut akan terdapat beberapa hentian.

Tugasan 5: SKAD1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN





SKAD1273 RERUANG DAN  PEMBANGUNAN
TUGASAN 5 : ANALISIS KUALITATIF

NAMA                            : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB
NO MATRIK                  :  A138625
FAKULTI                       :  SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN (FSSK)
PROGRAM                    :  SAINS  PEMBANGUNAN
NAMA  KURSUS          :  RERUANG DAN PEMBANGUNAN
 KOD  KURSUS             :  SKAD1273
NAMA PENSYARAH   :  Prof .Madya ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
TAJUK TUGASAN        :  ANALISIS  KUALITATIF
                                             (KOD  AKSIAL & KOD TERBUKA)

PENGENALAN

          Berdasarkan rakaman yang saya perolehi daripada responden saya iaitu Puan Zainun @ Salamah binti Mohamed, berumur 67 tahun. Terdapat beberapa analisis kualitatif yang disebut oleh responden. Analisis kualitatif terbahagi kepada dua kategori iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod aksial bertujuan untuk mengemukakan idea utama responden tersebut. Kod ini sering diulang oleh responden contohnya rumah, kedai, keluarga, kampung, pekerjaan dan sebagainya. Kod terbuka pula menerangkan khusus dari penceritaan dan peristiwa yang disampaikan oleh reponden. Tujuan analisis ini adalah untuk menganalisis hasil rakaman tersebut ialah untuk menunjukkan pengalaman responden tersebut dalam peristiwa yang berlaku dan dialami oleh beliau pada zaman tersebut. Pengalaman yang diceritakan ini berlaku pada tahun 1970-an, iaitu mulai responden berumur 16 tahun sehingga beliau kahwin, mendapat kerja kerajaan dan pencen.
            Tujuan analisis kualitatif ini dibuat adalah untuk melihat dengan lebih mendalam berkenaan dengan apa yang diperkatakan oleh responden melalui transkrip yang telah saya sediakan. Melalui analisis ini kita dapat memahami isi utama cerita yang disampaikan, mengetahui keadaan sebenar semasa kisah yang disampaikan berlaku dan dapat mengetahui pengalaman beliau. Dalam melakukan analisis kualitatif ini saya telah menggunakan dua pendekatan iaitu melalui kod aksial dan kod terbuka. Kod aksial ialah kod yang dapat mengaitkan elemen yang ingin disampaikan dengan harta. Elemen yang ingin disampaikan dalam transkrip temubual ialah berkenaan dengan pembangunan. Kos terbuka juga merupakan sebahagian daripada analisis berkenaan dengan mengenalpasti, menamakan, menkategorikan dan menerangkan fenomena yang terdapat dalam transkrip. Pada asasnya, setiap baris, ayat, perenggan dan lain-lain yang dibaca dalam mencari jawapan kepada soalan berulang.

HASIL ANALISIS KUALITATIF

KOD AKSIAL

Kod aksial ialah kod yang dapat mengaitkan elemen yang ingin disampaikan dengan harta. Elemen yang ingin disampaikan dalam transkrip temubual ialah berkenaan dengan pengalaman hidup beliau sepanjang arus pembangunan. Terdapat beberapa kod aksial yang dapat dikenalpasti. Di antaranya ialah :
    
     1. Kampung
·   
     Baris 1-2. Responden menceritakan semasa saya menebual tentang beliau yang berasal dari kampung, iaitu Kampung Sanggar Semerang, Temerloh Pahang. Perkataan ini diulang lagi pada baris kedua.

    2. Pekerjaan
·      
     Baris ke 2-3. Responden menceritakan tentang pekerjaan yang dibuat sejak beliau berumur 16 tahun. Iaitu responden bekerja membuat padi di kampung. Kemudian pada umur 17 tahun beliau bekerja pula di rumah orang, iaitu membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian dan membersihkan rumah orang.
·    Pada baris ke 3 responden menceritakan  tentang pekerjaan yang ditawarkan iaitu mendapat pekerjaan sebagai Atendan di Hospital Besar Daerah Raub, Pahang.

    3. Pindah
·       
         Baris 4-5. Responden menceritakan beliau berpindah dari Kampung Bintang pada tahun 1979. Contohnya:    Pada tahun 1979 berpindah ke Bukit Ibang, minta peneroka Felda Keratong 1. Kemudian, pada 1hb 9 pindah ke felda Keratong pulak. Pastu Kerajaan buat klinik baru, pindah ke Bandar Tun Razak.

4   4. Kedai/Meniaga
·         
     Baris 5-8. Responden menceritakan tentang pengalaman beliau membuka kedai runcit dan meniaga pelbagai jenis makanan selepas beliau pencen pada bulan 9 tahun 2000. Beliau juga mempunyai pekerja untuk membantu di kedai, iaitu seramai 3 orang pekerja.

          5. Hospital

      Baris 10-12. Responden menceritakan beliau jatuh sakit pada tahun 2009 dan telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya setelah doctor mengesahkan beliau mendapati sakit buah pinggang. Pada bariss ke 12 responden menceritakan pengalaman beliau sepanjang mendapat rawatan di hospital. Di mana doktor telah membuat pembedahan di leher bagi menjalani rawatan penyakit buah pinggang yang dialami. Kemudian responden menceritakan beliau telah berjumpa dengan doktor Shukri dan telah menawarkan beliau menerima rawatan daripada hospital di mana doktor tersebut bekerja, iaitu di hospital Serdang. Sejak itu, responden menerima rawatan di Hospital Serdang.

     Pengangkutan
·       
     Baris 13. Responden menceritakan beliau perlu menjalani rawatan dialysis bagi penyakit buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu. Beliau menyatakan masalah pengangkutan menjadi halangan untuk berpindah ke kampung bagi menjalani rawatan tersebut. Oleh itu, beliau tinggal bersama anaknya di Putrajaya. Kemudahan pengangkutan di Putrajaya memang baik dan terdapat perkhidmatan pengangkutan ambil beliau di rumah untuk ke hospital dan seterusnya menghantar balik ke rumah apabila selesai dialysis.

 KOD TERBUKA

Kod terbuka pula adalah pengalaman cerita di luar topic. Berdasarkan transkrip, responden menceritakan tentang pengalaman beliau sakit buah pinggang, iaitu beliau terpaksa menjalani pembedahan di tangan bagi memasukkan urat palsu. Belaiu juga menunjukkan kepada saya keadaan tangan beliau yang lebam dan biru akibat doktor cuba mencari tapak yang sesuai bagi memasukkan urat palsu ke lengan beliau. Beliau juga menyatakan sebanyak dua kali pembedahan yang beliau hadapi bagi mencari tapak untuk tujuan memasukkan urat palsu tersebut.

Kod terbuka yang kedua diceritakan dalam temubual tersebut adalah mengenai kos perbelanjaan yang terlibat bagi menerima rawatan sakit buah pinggang yang dialami. Responden juga menceritakan kos tersebut boleh dituntut kemudian. Cuma permulaan menerima rawatan bagi memasukkan urat palsu adalah sebanyak RM12 ribu.

KESIMPULAN

Terdapat enam elemen penting yang dapat dikenalpasti bagi kod aksial berdasarkan transkrip temubual tersebut. Elemen pertama iaitu kampung, pekerjaan, pindah, kedai, hospital dan pengangkutan. Dalam membuat kerja kursus ini, banyak yang saya perolehi dan ketahui tentang kehidupan responden dari beliau kecil sehinggalah  sekarang. Selain itu, saya telah mendapat gambaran bagaimana perbezaan pembangunan yang berlaku pada 50 tahun yang lepas dengan pembangunan yang berlaku pada masa kini. Selain itu, kita juga dapat mengetahui tentang keluarga responden., pekerjaan responden dan pendidikan yang telah beliau perolehi. Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengetahui tentang kedai yang terdapat pada tahun 60-an yang hanya sedikit jika dibandingkan pada masa sekarang. Dan maklumat yang paling penting yang saya perolehi adalah, saya mengetahui tentang elemen yang penting dalam sesuatu Bandar atau ruang melalui pengalaman seseorang. Walaupun elemen ini dikatakan sebagai elemen tambahan namun ia masih mempunyai sedikit kaitan dalam peristiwa yang dibincangkan.

        









Tugasan 4: SKAD1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN



NAMA                            : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB
NO MATRIK                  :  A138625
FAKULTI                       :  SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN (FSSK)
PROGRAM                    :  SAINS  PEMBANGUNAN
NAMA  KURSUS          :  RERUANG DAN PEMBANGUNAN
 KOD  KURSUS             :  SKAD1273
NAMA PENSYARAH   :  Prof .Madya ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
TAJUK TUGASAN        :  LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA


TUGASAN 4: LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA BAGI TEMPAT TINGGAL SAYA, IAITU DI PUTRAJAYA

PENGENALAN PUTRAJAYA
 

Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu.  Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Dato’ Sri Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan " Putra" dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia oleh rakyat  Malaysia sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek Koridor  Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.
        Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu negara dari Kuala Lumpur dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial negara. Perpindahan pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada sebelumnya. Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini diambil serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.
Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek ‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak, telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama Jun 1999.
Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.


KOS DAN LOKASI

Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak  22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York.

KEISTIMEWAAN PUTRAJAYA

1.                  JAMBATAN SERI WAWASAN

Ia adalah jambatan tambatan kabel yang menjadi satu mercu tanda di Putrajaya. Sebagai penghubung utama di antara Presint 2 dengan Pulau Utama dan kawasan kediaman Presint 8, Seri Wawasan menjadi penghubung yang penting ke Presint Pembangunan Bercampur.  Dikategorikan sebagai ‘jambatan pengenalan' Seri Ehsan juga merupakan kemudahan penghubungan penting di antara Presint 8 dan Pulau Utama.

Struktur Jambatan

Jambatan konkrit ini ialah kombinasi gantungan kabel dan struktur berikat keluli . Ia mempunyai jalan raya dua hala tiga lorong selebar 18.6m masing-masing terdiri dari 3 x 3.5m lebar jalan, 0.5m bahu jalan dan 0.5m garisan tengah. Lebar pembahagi jalan ialah 4m manakala lorong pejalan kaki dan trek basikal pula 5.1m menjadikan lebar keseluruhan 37.2m di bahagian tengah jambatan.
Putrajaya berkonsepkan “Bandar-dalam-taman” . Oleh itu beberapa penekanan diberikan untuk mencapai matlamat yang dirancang :
LANDSKAP : 38% dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia. 
KEADAAN BANDAR : Dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan.

2.         MASJID PUTRA


Masjid Putra berkubah merah




3.         PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)


4.                  MASJID BESI TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN



LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA BAGI TEMPAT TINGGAL SAYA, IAITU DI PUTRAJAYA

1.     LALUAN

Laluan bagi tempat saya di Presint 11, Jalan C/4 adalah jalan Presint 9. Ini merupakan laluan utama ke rumah saya tinggal di Presint 11. Presint 9 merupakan presint bersebelahan dan paling dekat dengan tempat saya. Jika laluan saya menuju ke UKM saya akan melalui jalan Presint 14, iaitu Presint Diplomatik daripada rumah saya di Presint 11. Kemudian saya akan melalui jalan Pintu 1 (Gate 1). Seterusnya saya melalui jalan Sungai Merab dan saya akan melalui kawasan perindustrian Syarikat Denso dan Sony. Inilah laluan saya sepanjang saya melanjutkan pengajian di UKM. Sebelum memasuki kawasan Presint 11, saya akan melalui Presint Diplomatik, iaitu Presint 14. Seterusnya saya juga akan melalui jalan Presint 10 sebelum saya masuk ke kawasan rumah saya di Presint 11. Sebenarnya, di Putrajaya terdapat banyak jalan pintas dan hanya mereka yang tinggal di Putrajaya sahaja mengetahui jalan-jalan tersebut. Rumah saya betul-betul berdekatan sekolah Presint 11 (2). Papan tanda Jalan P11 C/4 adalah menunjukkan telah menghampiri rumah saya. Nombor rumah saya pula adalah 32. Saya tinggal di Kuarters Kerajaan Jabatan Perdana Menteri.

Lebuh Perdana

Presint Diplomatik, Presint 14

Perdana Putra

2.     PINGGIRAN

Pinggiran merupakan tempat atau kawasan yang membezakan tempat saya dengan kawasan yang lain. Bagi membezakan kawasan saya dengan kawasan lain adalah melalui papan tanda yang menunjukkan nama jalan bagi setiap presint. Bagi menunjukkan telah memasuki kawasan presint 11 adalah apabila menjumpai terowong. Sebaik sahaja melepasi terowong tersebut, kawasan bagi Presint 11 telah bermula. Ini sekiranya melalui jalan belakang, iaitu dari Presint 9. Sekiranya dari arah lain, contohnya dari UKM akan menjumpai Balai Polis presint 11, kemudian akan melalui jalan utama ke Sekolah Presint 11 (2). Melalui papan tanda juga dapat membezakan kawasan saya Presint 11 dengan kawasan-kawasan lain di Putrajaya.

    Lebuh Putra Perdana

Terowong Presint 11

3.                  DAERAH

Daerah saya adalah daerah bagi Presint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Terdapat banyak daerah yang berdekatan dengan Putrajaya. Di antara daerah yang berdekatan dengan Putrajaya adalah Cyberjaya, Dengkil, Sepang, Nilai, Kajang dan Bangi. Bagi membezakan daerah Putrajaya dengan daerah-daerah yang lain adalah melalui papan tanda jalan. Setiap laluan mempunyai penunjuk yang menyatakan nama bagi sesuatu daerah. Setiap daerah juga mempunyai Balai Polis yang menunjukkan telah memasuki daerah yang berlainan. Selain itu, terdapat juga pintu gerbnag yang menunjukkan telah memasuki daerah lain. Contohnya, apabila pergi ke Nilai, kita akan melalui pintu gerbang utama yang tertulis “Selamat datang ke Nilai 3”.

Apartment Bersebelahan Highway ke Putrajaya


Persiaran Persekutuan



4.                  MERCU TANDA

Mercu tanda bagi Putrajaya sangat banyak. Boleh dikatakan setiap present mempunyai mercu tanda yang tersendiri. Di Putrajaya amnya terdapat Plaza Mercu Tanda, di mana ia menjadi tempat tumpuan orang ramai dan pelancong yang datang ke Putrajaya. Selain itu, Taman-taman di Putrajaya juga mempunyai mercu tanda yang tersendiri, contohnya Taman Putra Perdana, Taman Wetland, Taman Botani, Taman Warisan Pertanian dan banyak lagi.


 Plaza Mercu Tanda

 Mercu Tanda PICC

Mercu Tanda Presint 10


Putra Perdana Garden


Mercu Tanda Taman Botani

5.                  NOD (Perhentian)

Perhentian saya adalah di Putrajaya Sentral dan Stesen Bas Putrajaya. Perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya amat baik. Kebanyakan penduduk di Putrajaya menggunakan perkhidmatan bas, komuter dan teksi untuk ke sekolah, tempat kerja atau ke mana-mana destinasi di dalam kawasan Putrajaya. Perkhidmatan bas khas yang disediakan di Putrajaya adalah Bas Nadi Putra. Perkhidmatan bas ini seawal 6 pagi hingga ke 10.30 malam. Sekiraya ada sesuatu pesta atau majlis anjuran Kerajaan, perkhidmatan bas dibeikan secara percuma. Contohnya semasa Perhimpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, kedai-kedai atau pasar pagi juga menjadi tempat perhentina saya. Saya biasa membeli barang barang keperluan dapur di Pasar Presint 8. Manakala Anjung merupakan One Stop Centre bagi warga Putrajaya. Ia juga menjadi tempat perhentian saya kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan yang boleh diperolehi. Di antaranya adalah Bank Islam, Am Bank, Tabung Haji, Takaful Malaysia, Pejabat Pos, Medan Selera, Cawangan Pejabat Kerajaan, Kedai Buku, Kedai Kek dan juga kedai runcit.


Pasar Presint 8


Anjung


Restoran Darussalam, Presint 9