Pengikut

Sabtu, 29 Disember 2012

Tugasan 5: SKAD1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN





SKAD1273 RERUANG DAN  PEMBANGUNAN
TUGASAN 5 : ANALISIS KUALITATIF

NAMA                            : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB
NO MATRIK                  :  A138625
FAKULTI                       :  SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN (FSSK)
PROGRAM                    :  SAINS  PEMBANGUNAN
NAMA  KURSUS          :  RERUANG DAN PEMBANGUNAN
 KOD  KURSUS             :  SKAD1273
NAMA PENSYARAH   :  Prof .Madya ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
TAJUK TUGASAN        :  ANALISIS  KUALITATIF
                                             (KOD  AKSIAL & KOD TERBUKA)

PENGENALAN

          Berdasarkan rakaman yang saya perolehi daripada responden saya iaitu Puan Zainun @ Salamah binti Mohamed, berumur 67 tahun. Terdapat beberapa analisis kualitatif yang disebut oleh responden. Analisis kualitatif terbahagi kepada dua kategori iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod aksial bertujuan untuk mengemukakan idea utama responden tersebut. Kod ini sering diulang oleh responden contohnya rumah, kedai, keluarga, kampung, pekerjaan dan sebagainya. Kod terbuka pula menerangkan khusus dari penceritaan dan peristiwa yang disampaikan oleh reponden. Tujuan analisis ini adalah untuk menganalisis hasil rakaman tersebut ialah untuk menunjukkan pengalaman responden tersebut dalam peristiwa yang berlaku dan dialami oleh beliau pada zaman tersebut. Pengalaman yang diceritakan ini berlaku pada tahun 1970-an, iaitu mulai responden berumur 16 tahun sehingga beliau kahwin, mendapat kerja kerajaan dan pencen.
            Tujuan analisis kualitatif ini dibuat adalah untuk melihat dengan lebih mendalam berkenaan dengan apa yang diperkatakan oleh responden melalui transkrip yang telah saya sediakan. Melalui analisis ini kita dapat memahami isi utama cerita yang disampaikan, mengetahui keadaan sebenar semasa kisah yang disampaikan berlaku dan dapat mengetahui pengalaman beliau. Dalam melakukan analisis kualitatif ini saya telah menggunakan dua pendekatan iaitu melalui kod aksial dan kod terbuka. Kod aksial ialah kod yang dapat mengaitkan elemen yang ingin disampaikan dengan harta. Elemen yang ingin disampaikan dalam transkrip temubual ialah berkenaan dengan pembangunan. Kos terbuka juga merupakan sebahagian daripada analisis berkenaan dengan mengenalpasti, menamakan, menkategorikan dan menerangkan fenomena yang terdapat dalam transkrip. Pada asasnya, setiap baris, ayat, perenggan dan lain-lain yang dibaca dalam mencari jawapan kepada soalan berulang.

HASIL ANALISIS KUALITATIF

KOD AKSIAL

Kod aksial ialah kod yang dapat mengaitkan elemen yang ingin disampaikan dengan harta. Elemen yang ingin disampaikan dalam transkrip temubual ialah berkenaan dengan pengalaman hidup beliau sepanjang arus pembangunan. Terdapat beberapa kod aksial yang dapat dikenalpasti. Di antaranya ialah :
    
     1. Kampung
·   
     Baris 1-2. Responden menceritakan semasa saya menebual tentang beliau yang berasal dari kampung, iaitu Kampung Sanggar Semerang, Temerloh Pahang. Perkataan ini diulang lagi pada baris kedua.

    2. Pekerjaan
·      
     Baris ke 2-3. Responden menceritakan tentang pekerjaan yang dibuat sejak beliau berumur 16 tahun. Iaitu responden bekerja membuat padi di kampung. Kemudian pada umur 17 tahun beliau bekerja pula di rumah orang, iaitu membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian dan membersihkan rumah orang.
·    Pada baris ke 3 responden menceritakan  tentang pekerjaan yang ditawarkan iaitu mendapat pekerjaan sebagai Atendan di Hospital Besar Daerah Raub, Pahang.

    3. Pindah
·       
         Baris 4-5. Responden menceritakan beliau berpindah dari Kampung Bintang pada tahun 1979. Contohnya:    Pada tahun 1979 berpindah ke Bukit Ibang, minta peneroka Felda Keratong 1. Kemudian, pada 1hb 9 pindah ke felda Keratong pulak. Pastu Kerajaan buat klinik baru, pindah ke Bandar Tun Razak.

4   4. Kedai/Meniaga
·         
     Baris 5-8. Responden menceritakan tentang pengalaman beliau membuka kedai runcit dan meniaga pelbagai jenis makanan selepas beliau pencen pada bulan 9 tahun 2000. Beliau juga mempunyai pekerja untuk membantu di kedai, iaitu seramai 3 orang pekerja.

          5. Hospital

      Baris 10-12. Responden menceritakan beliau jatuh sakit pada tahun 2009 dan telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya setelah doctor mengesahkan beliau mendapati sakit buah pinggang. Pada bariss ke 12 responden menceritakan pengalaman beliau sepanjang mendapat rawatan di hospital. Di mana doktor telah membuat pembedahan di leher bagi menjalani rawatan penyakit buah pinggang yang dialami. Kemudian responden menceritakan beliau telah berjumpa dengan doktor Shukri dan telah menawarkan beliau menerima rawatan daripada hospital di mana doktor tersebut bekerja, iaitu di hospital Serdang. Sejak itu, responden menerima rawatan di Hospital Serdang.

     Pengangkutan
·       
     Baris 13. Responden menceritakan beliau perlu menjalani rawatan dialysis bagi penyakit buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu. Beliau menyatakan masalah pengangkutan menjadi halangan untuk berpindah ke kampung bagi menjalani rawatan tersebut. Oleh itu, beliau tinggal bersama anaknya di Putrajaya. Kemudahan pengangkutan di Putrajaya memang baik dan terdapat perkhidmatan pengangkutan ambil beliau di rumah untuk ke hospital dan seterusnya menghantar balik ke rumah apabila selesai dialysis.

 KOD TERBUKA

Kod terbuka pula adalah pengalaman cerita di luar topic. Berdasarkan transkrip, responden menceritakan tentang pengalaman beliau sakit buah pinggang, iaitu beliau terpaksa menjalani pembedahan di tangan bagi memasukkan urat palsu. Belaiu juga menunjukkan kepada saya keadaan tangan beliau yang lebam dan biru akibat doktor cuba mencari tapak yang sesuai bagi memasukkan urat palsu ke lengan beliau. Beliau juga menyatakan sebanyak dua kali pembedahan yang beliau hadapi bagi mencari tapak untuk tujuan memasukkan urat palsu tersebut.

Kod terbuka yang kedua diceritakan dalam temubual tersebut adalah mengenai kos perbelanjaan yang terlibat bagi menerima rawatan sakit buah pinggang yang dialami. Responden juga menceritakan kos tersebut boleh dituntut kemudian. Cuma permulaan menerima rawatan bagi memasukkan urat palsu adalah sebanyak RM12 ribu.

KESIMPULAN

Terdapat enam elemen penting yang dapat dikenalpasti bagi kod aksial berdasarkan transkrip temubual tersebut. Elemen pertama iaitu kampung, pekerjaan, pindah, kedai, hospital dan pengangkutan. Dalam membuat kerja kursus ini, banyak yang saya perolehi dan ketahui tentang kehidupan responden dari beliau kecil sehinggalah  sekarang. Selain itu, saya telah mendapat gambaran bagaimana perbezaan pembangunan yang berlaku pada 50 tahun yang lepas dengan pembangunan yang berlaku pada masa kini. Selain itu, kita juga dapat mengetahui tentang keluarga responden., pekerjaan responden dan pendidikan yang telah beliau perolehi. Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengetahui tentang kedai yang terdapat pada tahun 60-an yang hanya sedikit jika dibandingkan pada masa sekarang. Dan maklumat yang paling penting yang saya perolehi adalah, saya mengetahui tentang elemen yang penting dalam sesuatu Bandar atau ruang melalui pengalaman seseorang. Walaupun elemen ini dikatakan sebagai elemen tambahan namun ia masih mempunyai sedikit kaitan dalam peristiwa yang dibincangkan.

        









Tiada ulasan:

Catat Ulasan