Pengikut

Sabtu, 29 Disember 2012

Tugasan 4: SKAD1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN



NAMA                            : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB
NO MATRIK                  :  A138625
FAKULTI                       :  SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN (FSSK)
PROGRAM                    :  SAINS  PEMBANGUNAN
NAMA  KURSUS          :  RERUANG DAN PEMBANGUNAN
 KOD  KURSUS             :  SKAD1273
NAMA PENSYARAH   :  Prof .Madya ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
TAJUK TUGASAN        :  LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA


TUGASAN 4: LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA BAGI TEMPAT TINGGAL SAYA, IAITU DI PUTRAJAYA

PENGENALAN PUTRAJAYA
 

Malaysia mula mencari bandar baru sejak dekad yang lalu.  Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di Pahang , Dato’ Sri Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan " Putra" dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan “jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk rakyat Malaysia oleh rakyat  Malaysia sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek Koridor  Raya Multimedia (MSC), satu projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.
        Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu negara dari Kuala Lumpur dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial negara. Perpindahan pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada sebelumnya. Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini diambil serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.
Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek ‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak, telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama Jun 1999.
Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.


KOS DAN LOKASI

Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak  22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York.

KEISTIMEWAAN PUTRAJAYA

1.                  JAMBATAN SERI WAWASAN

Ia adalah jambatan tambatan kabel yang menjadi satu mercu tanda di Putrajaya. Sebagai penghubung utama di antara Presint 2 dengan Pulau Utama dan kawasan kediaman Presint 8, Seri Wawasan menjadi penghubung yang penting ke Presint Pembangunan Bercampur.  Dikategorikan sebagai ‘jambatan pengenalan' Seri Ehsan juga merupakan kemudahan penghubungan penting di antara Presint 8 dan Pulau Utama.

Struktur Jambatan

Jambatan konkrit ini ialah kombinasi gantungan kabel dan struktur berikat keluli . Ia mempunyai jalan raya dua hala tiga lorong selebar 18.6m masing-masing terdiri dari 3 x 3.5m lebar jalan, 0.5m bahu jalan dan 0.5m garisan tengah. Lebar pembahagi jalan ialah 4m manakala lorong pejalan kaki dan trek basikal pula 5.1m menjadikan lebar keseluruhan 37.2m di bahagian tengah jambatan.
Putrajaya berkonsepkan “Bandar-dalam-taman” . Oleh itu beberapa penekanan diberikan untuk mencapai matlamat yang dirancang :
LANDSKAP : 38% dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia. 
KEADAAN BANDAR : Dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan.

2.         MASJID PUTRA


Masjid Putra berkubah merah




3.         PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)


4.                  MASJID BESI TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN



LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA BAGI TEMPAT TINGGAL SAYA, IAITU DI PUTRAJAYA

1.     LALUAN

Laluan bagi tempat saya di Presint 11, Jalan C/4 adalah jalan Presint 9. Ini merupakan laluan utama ke rumah saya tinggal di Presint 11. Presint 9 merupakan presint bersebelahan dan paling dekat dengan tempat saya. Jika laluan saya menuju ke UKM saya akan melalui jalan Presint 14, iaitu Presint Diplomatik daripada rumah saya di Presint 11. Kemudian saya akan melalui jalan Pintu 1 (Gate 1). Seterusnya saya melalui jalan Sungai Merab dan saya akan melalui kawasan perindustrian Syarikat Denso dan Sony. Inilah laluan saya sepanjang saya melanjutkan pengajian di UKM. Sebelum memasuki kawasan Presint 11, saya akan melalui Presint Diplomatik, iaitu Presint 14. Seterusnya saya juga akan melalui jalan Presint 10 sebelum saya masuk ke kawasan rumah saya di Presint 11. Sebenarnya, di Putrajaya terdapat banyak jalan pintas dan hanya mereka yang tinggal di Putrajaya sahaja mengetahui jalan-jalan tersebut. Rumah saya betul-betul berdekatan sekolah Presint 11 (2). Papan tanda Jalan P11 C/4 adalah menunjukkan telah menghampiri rumah saya. Nombor rumah saya pula adalah 32. Saya tinggal di Kuarters Kerajaan Jabatan Perdana Menteri.

Lebuh Perdana

Presint Diplomatik, Presint 14

Perdana Putra

2.     PINGGIRAN

Pinggiran merupakan tempat atau kawasan yang membezakan tempat saya dengan kawasan yang lain. Bagi membezakan kawasan saya dengan kawasan lain adalah melalui papan tanda yang menunjukkan nama jalan bagi setiap presint. Bagi menunjukkan telah memasuki kawasan presint 11 adalah apabila menjumpai terowong. Sebaik sahaja melepasi terowong tersebut, kawasan bagi Presint 11 telah bermula. Ini sekiranya melalui jalan belakang, iaitu dari Presint 9. Sekiranya dari arah lain, contohnya dari UKM akan menjumpai Balai Polis presint 11, kemudian akan melalui jalan utama ke Sekolah Presint 11 (2). Melalui papan tanda juga dapat membezakan kawasan saya Presint 11 dengan kawasan-kawasan lain di Putrajaya.

    Lebuh Putra Perdana

Terowong Presint 11

3.                  DAERAH

Daerah saya adalah daerah bagi Presint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Terdapat banyak daerah yang berdekatan dengan Putrajaya. Di antara daerah yang berdekatan dengan Putrajaya adalah Cyberjaya, Dengkil, Sepang, Nilai, Kajang dan Bangi. Bagi membezakan daerah Putrajaya dengan daerah-daerah yang lain adalah melalui papan tanda jalan. Setiap laluan mempunyai penunjuk yang menyatakan nama bagi sesuatu daerah. Setiap daerah juga mempunyai Balai Polis yang menunjukkan telah memasuki daerah yang berlainan. Selain itu, terdapat juga pintu gerbnag yang menunjukkan telah memasuki daerah lain. Contohnya, apabila pergi ke Nilai, kita akan melalui pintu gerbang utama yang tertulis “Selamat datang ke Nilai 3”.

Apartment Bersebelahan Highway ke Putrajaya


Persiaran Persekutuan



4.                  MERCU TANDA

Mercu tanda bagi Putrajaya sangat banyak. Boleh dikatakan setiap present mempunyai mercu tanda yang tersendiri. Di Putrajaya amnya terdapat Plaza Mercu Tanda, di mana ia menjadi tempat tumpuan orang ramai dan pelancong yang datang ke Putrajaya. Selain itu, Taman-taman di Putrajaya juga mempunyai mercu tanda yang tersendiri, contohnya Taman Putra Perdana, Taman Wetland, Taman Botani, Taman Warisan Pertanian dan banyak lagi.


 Plaza Mercu Tanda

 Mercu Tanda PICC

Mercu Tanda Presint 10


Putra Perdana Garden


Mercu Tanda Taman Botani

5.                  NOD (Perhentian)

Perhentian saya adalah di Putrajaya Sentral dan Stesen Bas Putrajaya. Perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya amat baik. Kebanyakan penduduk di Putrajaya menggunakan perkhidmatan bas, komuter dan teksi untuk ke sekolah, tempat kerja atau ke mana-mana destinasi di dalam kawasan Putrajaya. Perkhidmatan bas khas yang disediakan di Putrajaya adalah Bas Nadi Putra. Perkhidmatan bas ini seawal 6 pagi hingga ke 10.30 malam. Sekiraya ada sesuatu pesta atau majlis anjuran Kerajaan, perkhidmatan bas dibeikan secara percuma. Contohnya semasa Perhimpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, kedai-kedai atau pasar pagi juga menjadi tempat perhentina saya. Saya biasa membeli barang barang keperluan dapur di Pasar Presint 8. Manakala Anjung merupakan One Stop Centre bagi warga Putrajaya. Ia juga menjadi tempat perhentian saya kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan yang boleh diperolehi. Di antaranya adalah Bank Islam, Am Bank, Tabung Haji, Takaful Malaysia, Pejabat Pos, Medan Selera, Cawangan Pejabat Kerajaan, Kedai Buku, Kedai Kek dan juga kedai runcit.


Pasar Presint 8


Anjung


Restoran Darussalam, Presint 9



1 ulasan:

  1. boleh tak akak terangkan lebih mendalam mksd reruang ni ape ?

    #pelajar tahun 1 . sains pembngunan 2013/2014

    BalasPadam