SKAD1273
RERUANG DAN PEMBANGUNAN
TUGASAN 6 : RUMUSAN TIGA BUAH BUKU THE PRODUCTION OF SPACE, THE DEATH AND LIFE OF GREAT AMERICAN CITIES DAN IMAGES OF THE CITY
NAMA : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB
NO MATRIK : A138625
FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN (FSSK)
PROGRAM :
SAINS PEMBANGUNAN
NAMA KURSUS :
RERUANG DAN PEMBANGUNAN
KOD
KURSUS : SKAD1273
NAMA PENSYARAH :
Prof .Madya ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
TAJUK TUGASAN : RUMUSAN BAGI 3 BUAH BUKU
- The Production Of Space
Berdasarkan rumusan daripada buku The
Production of Space yang telah diterjemahkan oleh Donald Nicholson Smith. Kesan
daripada sesuatu keadaan atau ruang di mana terdapat sesetengah ruang mempunyai
ramai orang manakala sesetengah ruang pula tidak mempunyai ramai orang. Seorang
penulis barat iaitu Henri Lefebvre, seorang filsuf asal Perancis telah mengkaji
mengenai masalah ini dan melihat daripada pelbagai sudut pandangan. Akhirnya
beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Production of Space, atau
Produksi Ruang. Buku ini dihasilkan untuk menjawab semua persoalan yang timbul dan
bukan sahaja untuk diri beliau tetapi untuk semua orang yang ingin mengkaji
mengenai ruang. Lefebvre telah mendeskripsikan ruang dan hubungannya yang erat
dengan manusia. Di dalam buku tersebut, Lefebvre melihat ruang sebagai sesuatu
yang diproduksi oleh setiap masyarakat. Namun benarkah setiap masyarakat
menghasilkan ruangnya sendiri seperti yang dikatakan Lefebvre? Buktinya teori
tersebut adalah benar dimana ruang digunakan secara langsung pada dalam
kehidupan seharian. Metode yang digunakan berdasarkan Teori Lefebvre sebagai
ruangnya iaitu adanya Spatial Practice, Representation of space, dan
Representational Space pada setiap ruang yang terbentuk atau diproduksi oleh
masyarakat. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa ruang yang ramai dan
hidup akan diperolehi apabila ruang yang ada memenuhi keperluan masyarakat yang
membentuknya walaupun tidak semua kawasan
tersebut harus dipenuhi.
- The Death and Life Of Great American
Cities
Penulis dari "The Death and Life Of
Great American Cities adalah Jane Jacobs. Jane Jacobs lahir tanggal 4 Mei 1916
dan meninggal dunia pada 25 April 2006, beliau tinggal di Scranton,
Pennsylvania, Amerika Syarikat, beliau menuliskan kekecewaan beliau terhadap
Kota Amerika yang beliau anggap perancangan bandar tersebut tidak benar, iaitu
dalam erti dalam kota tersebut berlaku pelbagai masalah pengangkutan ,
pembahagian plot pattern dll. Jane Jacobs menggambarkan faktor-faktor nyata
yang mempengaruhi bandar-bandar, dan mengesyorkan startegi untuk meningkatkan
prestasi bandar.
Dari segi kepelbagaian, Bandar yang
baik memerlukan kepelbagaian dan harmoni dalam perkhidmatan terhadap masyarakat
di dalamnya. Masyarakat sangat memperhatikan kemudahan apa sahaja yang terdapat
pada suatu kota, kerana kemudahan tersebut boleh diertikan sebagai sarana
pelayan untuk masyarakat dalam bandar tersebut. Kemudahan yang dimaksudkan
boleh berupa penempatan, kawasan perdagangan, tempat sukan dan rekreasi.
Jane Jacobs mengenalpasti tiga isi utama
dalam menyokong kepelbagaian iaitu kepelbagaian fungsi. Kepelbagaian fungsi
yang dimaksudkan adalah bagaimana merancang suatu kawasan yeng mempunyai fungsi
lahan lebih dari satu, sehingga jika ada seseorang yang mendatangi kawasan
tersebut, maka dia boleh menikmati lebih dari 1 fungsi lahan. Fungsi lahan yang
dimaksudkan boleh berupa sebagai penempatan, kedai-kedai, rumah sakit dan
sebagainya.
Selain itu, isi kedua pula iaitu blok atau
jalan pendek. Sebagai contoh adalah Blok / jalan yang menghubungkan kawasan
penempatan dan kawasan membeli-belah, kawasan rekreassi dan kawasan pejabat
harus dekat. Ertinya masyarakat dapat menuju destinasi ke suatu tempat dengan
cepat kerana blok / jalan yang menghubungkan tempat asal dan tempat tujuan
tersebut pendek. Isi yang ketiga ialah terdapat Konsentrasi padat penduduk.
Dalam suatu bandar harus terdapat suatu kawasan yang sebagai kepekatan padat
penduduk, yang dimaksudkan adalah kawasan penempatan sehingga tidak mengganggu
kawasan lain, dan pengguna kawasan penempatan juga tidak akan terganggu dengan
kawasan lain.
- The Image Of The City
Rumusan bagi buku “The Image of the city”
merupakan sebuah buku hasil karya seorang pengkaji iaitu Prof.Kevin Lynch.
Prof.Kevin Lynch telah melakukan sebuah kajian terhadap apa yang diserap secara
mental oleh orang-orang dan realitas fisik sebuah bandar. Hasil kajiannya ini
disediakan dalam bentuk buku yang bertajuk “The image of the city”.
Secara garis besar Prof.Kevin Lynch telah
mengumpulkan lima elemen pokok atau dasar yang oleh digunakan oleh seseorang untuk
memberi gambaran mental mereka terhadap sebuah bandar. Antara eleman yang
ditemukan iaitu Pathways (Laluan). Laluan adalah jalur-jalur sirkulasi yang
digunakan oleh seseorang untuk melakukan pergerakan. Setiap tempat mempunyai
jaringan jalur utama dan jaringan jalur minor. Jaringan jalan raya kota adalah
jaringan pathways untuk keseluruhan kota. Disamping itu, elemen kedua ialah
Districts (Daerah). Sebuah bandar terdiri dari berbagai lingkungan bahagiannya
atau disebut districts iaitu pusat kota , uptown, midtown, daerah perumahan,
daerah industry dan sebagainya. Selalunya lingkungan ini berbeza dari segi
bentuk dan luasnya. Dan selalunya Bandar-bandar ini mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri. Elemen ketiga pula ialah Edges (Pinggiran). Edges merupakan
pinggiran dari sebuah districts atau batas-batas districts antara districtsyang
satu dengan yang lainnya. Selain itu,aspek keempat ialah Building(Mercu Tanda).
Building yang dimaksudkan disini adalah bangunan-bangunan yang secara visual
menonjol dan menjadi tumpuan dalam Bandar. Setiap orang boleh melihat
mercutanda tersebut dan tertumpu kepada kawasan tersebut. Elemen yang terakhir
iaitu elemen kelima ialah Nodes. Nodes adalah pusat aktiviti setiap orang,
setiap pergerakan untuk ke sesuatu kawasan daripada titik permulaan seseorang
itu bergerak akan dipanggil nod. Di dalam perjalanan tersebut akan terdapat
beberapa hentian.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan