Pengikut

Isnin, 17 Disember 2012










NAMA : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB

NO. MATRIK : A138625

KURSUS : SKAD1273 RERUANG DAN PEMBANGUNAN

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH




TUGASAN 2 : Ceritakan laluan ruang saudara dari mula bangun tidur sehingga tidur semula?

Ruang merupakan sesuatu tempat yang dicipta oleh manusia. Ruang menjadi tempat untuk menjalankan aktiviti sosial di mana manusia boleh berkongsi ruang. Nod dan laluan menjadi titik pertemuan dan ruang yang dilalui serta sifat-sifat yang ada pada sesuatu ruang itu dan bagaimana yang baru dan yang lama menggunakaan satu laluan yang sama. Contohnya ruang ekonomi, bagaimana kita mengukur tentang ruang tersebut. Bagaimana ruang tersebut boleh mengukur sifat masyarakat. Antara lain contoh yang sesuai adalah Ruang sosial iaitu tempat perbincangan yang disediakan di setiap fakulti di UKM.
Laluan yang saya lalui sepanjang di Kolej Universiti Kebangsaan Malaysia adalah bermula pada jam 6.30 pagi saya bangun tidur. Saya keluar daripada bilik dan melalui jalan utama bagi pelajar yang tinggal di kolej menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk di tempat yang telah disediakan. Kemudian saya melalui laluan yang sama menuju ke bilik untuk menunaikan solat Subuh. Seterusnya saya bersiap untuk pergi ke kuliah sekiranya saya mempunyai kelas pada pukul 8 pagi. Setelah selesai bersiap saya membawa beg berisi buku dan nota-nota menuju ke kafe kolej untuk bersarapan pagi.
Apabila selesai sarapan pagi, saya berjalan kaki melalui jalan belakang di mana jalan yang paling mudah dan menyenangkan serta dekat untuk ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Saya melalui jalan berbumbung dan di sebelah kolej adalah ruang tempat letak kereta bagi pekerja kafe dan pelajar-pelajar senior yang membawa kereta. Kemudian saya melalui laluan Bahagian Pengurusan Akademik dan bersebelahannya pula Bahagian Bendahari. Saya menaiki tangga dan terus ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di aras 3. Sepanjang laluan saya, saya berjumpa dengan ramai pelajar yang berkongsi menggunakan jalan dan tangga yang sama. Cuma menjadi perbezaan mereka menuju ke kelas yang berbeza, ada menuju ke Pusanika, ada yang baru balik dari kuliah menuju ke kolej dan ada juga yang melalui jalan yang sama menuju ke Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.
Saya pula akan terus menaiki tangga untuk ke bilik seminar di aras 5. Apabila selesai kuliah, saya akan meneruskan kuliah yang seterusnya di bilik seminar yang lain pula. Kadang-kadang di aras yang sama, ada juga di dewan kuliah di aras 2. Jika kelas pukul 12 tamat sehingga jam 2 petang saya tidak makan tengahari dan solat zuhur di surau fakulti di aras 3. Pada sebelah petang saying tamat kuliah pada pukul 4 petang dan ada juga sampai pukul 6 petang bergantung kepada kelas tertentu sahaja yang terlibat.
Saya balik ke kolej pula saya akan melalui laluan yang sama seperti mana saya datang ke fakulti pada awal pagi. Apabila sampai ke kolej saya akan masuk ke bilik simpan beg dan barang yang lain. Kemudian saya menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat Asar. Setelah siap saya akan keluar menuju ke kafe kolej untuk makan malam pula termasuk makan tengahari jika tidak sempat makan tengahari di fakulti. Setelah siap makan. Saya akan balik ke bilik untuk bersiap untuk mandi dan kalau ada baju untuk dubasuh, saya akan membasuh baju. Setelah mandi saya akan mengambil wuduk terus untuk solat Maghrib.
Biasanya kolej saya selalu solat Maghrib berjemaah di Surau kolej. Setelah selesai solat saya balik ke bilik untuk mengemas bilik, melipat pakaian dan mengemas almari. Sekiranya ada tugasan saya akan membuat tugasan bersama kawan-kawan di kolej. Biasanya kami berbincang di kafe. Kemudian saya balik ke bilik setelah selesai berbincang dan seterusnya saya solat Isyak. Saya juga akan berbual-bual dengan kawan sebilik sekiranya kawan saya masih belum tidur atau dia tidak mempunyai tugasan.
Biasanya saya tidur pada pukul 12.00 atau 12.30 malam. Tetapi sejak saya tinggal di kolej saya selalu tidur lewat. Saya sebenarnya mengalami masalah susah untuk tidur apabila berada di sesuatu tempat yang baru. Saya akan mengambil masa untuk membiasakan diri di tempat yang baru. Kadang-kadang saya baring untung tidur pada pukul 12.00 mlm, tetapi saya tidak boleh tidur. Apabila tengok jam sudah pukul 1.00 pagi. Saya sendiri pun tidak sedar apa yang difikirkan dalam ruang masa yang lama sebelum saya boleh melelapkan mata. Begitulah rutin harian saya sepanjang saya bergelar pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan