NAMA : NOR ARZIAN BINTI ABD WAHAB
NO MATRIK : A138625
FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN (FSSK)
PROGRAM :
SAINS PEMBANGUNAN
NAMA KURSUS :
RERUANG DAN PEMBANGUNAN
KOD
KURSUS : SKAD1273
NAMA PENSYARAH :
Prof .Madya ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH
TAJUK TUGASAN : LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA
TUGASAN 4: LALUAN,
PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA BAGI TEMPAT TINGGAL SAYA, IAITU DI
PUTRAJAYA
PENGENALAN
PUTRAJAYA
Malaysia mula mencari
bandar baru sejak dekad yang lalu.
Selepas membuat tinjauan di merata-rata kawasan terutama sekali di
Pahang , Dato’ Sri Dr Mahathir memilih selatan Prang Besar sebuah daerah
dibawah Kerajaan Negeri Selangor dan melancarkannya pada tahun 1995. Perkataan
" Putra" dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama,
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan
“jaya” yang bermaksud “kecemerlangan”. Putrajaya dirancang dan didirikan untuk
rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia
sendiri. Bandar ini merupakan satu daripada 2 bandar “intelek” dibawah projek
Koridor Raya Multimedia (MSC), satu
projek zon teknologi seluas 15 x 50 km.
Putrajaya akan menjadi Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu negara dari Kuala Lumpur
dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial negara. Perpindahan
pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar dengan polisi
kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada sebelumnya.
Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini diambil
serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.
Kerja
pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek
‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini dijangka
selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak, telah bertungkus lumus untuk
menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama Jun
1999.
Proses pembinaan
Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga
dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar
negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini akan siap sepenuhnya.
KOS
DAN LOKASI
Putrajaya adalah sebuah
projek besar yang terletak 22 km di
selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan
dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar
Manhattan, New York.
KEISTIMEWAAN
PUTRAJAYA
1.
JAMBATAN
SERI WAWASAN
Ia adalah jambatan tambatan kabel yang
menjadi satu mercu tanda di Putrajaya. Sebagai penghubung utama di antara
Presint 2 dengan Pulau Utama dan kawasan kediaman Presint 8, Seri Wawasan
menjadi penghubung yang penting ke Presint Pembangunan Bercampur. Dikategorikan sebagai ‘jambatan pengenalan'
Seri Ehsan juga merupakan kemudahan penghubungan penting di antara Presint 8
dan Pulau Utama.
Struktur
Jambatan
Jambatan konkrit ini
ialah kombinasi gantungan kabel dan struktur berikat keluli . Ia mempunyai
jalan raya dua hala tiga lorong selebar 18.6m masing-masing terdiri dari 3 x
3.5m lebar jalan, 0.5m bahu jalan dan 0.5m garisan tengah. Lebar pembahagi
jalan ialah 4m manakala lorong pejalan kaki dan trek basikal pula 5.1m
menjadikan lebar keseluruhan 37.2m di bahagian tengah jambatan.
Putrajaya berkonsepkan
“Bandar-dalam-taman” . Oleh itu beberapa penekanan diberikan untuk mencapai
matlamat yang dirancang :
LANDSKAP : 38% dari
tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap
semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap
Malaysia.
KEADAAN BANDAR : Dirancang
mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama,
bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai
bandar yang berketerampilan.
2. MASJID PUTRA
Masjid Putra berkubah merah
3. PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION
CENTRE (PICC)
4.
MASJID BESI TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
LALUAN, PINGGIRAN, DAERAH, NOD DAN MERCU TANDA BAGI TEMPAT TINGGAL SAYA, IAITU DI PUTRAJAYA
1. LALUAN
Laluan
bagi tempat saya di Presint 11, Jalan C/4 adalah jalan Presint 9. Ini merupakan
laluan utama ke rumah saya tinggal di Presint 11. Presint 9 merupakan presint
bersebelahan dan paling dekat dengan tempat saya. Jika laluan saya menuju ke
UKM saya akan melalui jalan Presint 14, iaitu Presint Diplomatik daripada rumah
saya di Presint 11. Kemudian saya akan melalui jalan Pintu 1 (Gate 1). Seterusnya saya melalui jalan
Sungai Merab dan saya akan melalui kawasan perindustrian Syarikat Denso dan Sony. Inilah laluan saya sepanjang saya melanjutkan pengajian di
UKM. Sebelum memasuki kawasan Presint 11, saya akan melalui Presint Diplomatik,
iaitu Presint 14. Seterusnya saya juga akan melalui jalan Presint 10 sebelum
saya masuk ke kawasan rumah saya di Presint 11. Sebenarnya, di Putrajaya
terdapat banyak jalan pintas dan hanya mereka yang tinggal di Putrajaya sahaja
mengetahui jalan-jalan tersebut. Rumah saya betul-betul berdekatan sekolah
Presint 11 (2). Papan tanda Jalan P11 C/4 adalah menunjukkan telah menghampiri
rumah saya. Nombor rumah saya pula adalah 32. Saya tinggal di Kuarters Kerajaan
Jabatan Perdana Menteri.
Lebuh Perdana
Presint Diplomatik, Presint 14
Perdana Putra
2. PINGGIRAN
Pinggiran
merupakan tempat atau kawasan yang membezakan tempat saya dengan kawasan yang
lain. Bagi membezakan kawasan saya dengan kawasan lain adalah melalui papan
tanda yang menunjukkan nama jalan bagi setiap presint. Bagi menunjukkan telah
memasuki kawasan presint 11 adalah apabila menjumpai terowong. Sebaik sahaja
melepasi terowong tersebut, kawasan bagi Presint 11 telah bermula. Ini
sekiranya melalui jalan belakang, iaitu dari Presint 9. Sekiranya dari arah
lain, contohnya dari UKM akan menjumpai Balai Polis presint 11, kemudian akan
melalui jalan utama ke Sekolah Presint 11 (2). Melalui papan tanda juga dapat
membezakan kawasan saya Presint 11 dengan kawasan-kawasan lain di Putrajaya.
Lebuh Putra Perdana
Terowong Presint 11
3.
DAERAH
Daerah
saya adalah daerah bagi Presint 11, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Terdapat
banyak daerah yang berdekatan dengan Putrajaya. Di antara daerah yang
berdekatan dengan Putrajaya adalah Cyberjaya, Dengkil, Sepang, Nilai, Kajang
dan Bangi. Bagi membezakan daerah Putrajaya dengan daerah-daerah yang lain
adalah melalui papan tanda jalan. Setiap laluan mempunyai penunjuk yang
menyatakan nama bagi sesuatu daerah. Setiap daerah juga mempunyai Balai Polis
yang menunjukkan telah memasuki daerah yang berlainan. Selain itu, terdapat
juga pintu gerbnag yang menunjukkan telah memasuki daerah lain. Contohnya,
apabila pergi ke Nilai, kita akan melalui pintu gerbang utama yang tertulis
“Selamat datang ke Nilai 3”.
Apartment
Bersebelahan Highway ke Putrajaya
Persiaran Persekutuan
4.
MERCU
TANDA
Mercu
tanda bagi Putrajaya sangat banyak. Boleh dikatakan setiap present mempunyai
mercu tanda yang tersendiri. Di Putrajaya amnya terdapat Plaza Mercu Tanda, di
mana ia menjadi tempat tumpuan orang ramai dan pelancong yang datang ke
Putrajaya. Selain itu, Taman-taman di Putrajaya juga mempunyai mercu tanda yang
tersendiri, contohnya Taman Putra Perdana, Taman Wetland, Taman Botani, Taman
Warisan Pertanian dan banyak lagi.
Plaza
Mercu Tanda
Mercu Tanda PICC
Mercu Tanda Presint 10
Putra
Perdana Garden
Mercu Tanda Taman Botani
5.
NOD
(Perhentian)
Perhentian
saya adalah di Putrajaya Sentral dan Stesen Bas Putrajaya. Perkhidmatan
pengangkutan awam di Putrajaya amat baik. Kebanyakan penduduk di Putrajaya menggunakan
perkhidmatan bas, komuter dan teksi untuk ke sekolah, tempat kerja atau ke
mana-mana destinasi di dalam kawasan Putrajaya. Perkhidmatan bas khas yang
disediakan di Putrajaya adalah Bas Nadi Putra. Perkhidmatan bas ini seawal 6
pagi hingga ke 10.30 malam. Sekiraya ada sesuatu pesta atau majlis anjuran
Kerajaan, perkhidmatan bas dibeikan secara percuma. Contohnya semasa
Perhimpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Selain itu, kedai-kedai atau pasar pagi juga menjadi tempat perhentina saya.
Saya biasa membeli barang barang keperluan dapur di Pasar Presint 8. Manakala
Anjung merupakan One Stop Centre bagi
warga Putrajaya. Ia juga menjadi tempat perhentian saya kerana di sini terdapat
pelbagai kemudahan yang boleh diperolehi. Di antaranya adalah Bank Islam, Am
Bank, Tabung Haji, Takaful Malaysia, Pejabat Pos, Medan Selera, Cawangan
Pejabat Kerajaan, Kedai Buku, Kedai Kek dan juga kedai runcit.
Pasar Presint 8
Anjung
Restoran Darussalam, Presint 9




















boleh tak akak terangkan lebih mendalam mksd reruang ni ape ?
BalasPadam#pelajar tahun 1 . sains pembngunan 2013/2014